Kenapa perlu bertukar ke ONEXOX?

Kenapa perlu bertukar ke ONEXOX?

Penerangan Slide show
Sila tunggu sebentar sistem sedang memuat naik slide.Sekiranya tiada apa yang berlaku sila Refresh page ini.

Atau teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya.

Apakah ONEXOX ?


ONEXOX ialah sebuah syarikat Telekomunikasi berstatus bumiputera yang di tubuhkan pada januari 2014. ONEXOX ialah anak syarikat kepada XOX Berhad selaku MVNO (senarai MVNO Malaysia)
One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapatmenarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.

ONEXOX berada dibawah naungan XOX Berhad. Jadi untuk liputan, XOX ialah MVNO yang bekerjasama dengan syarikat Celcom sama seperti TuneTalk dan Altel. Jadi jangan risau kerana Celcom mempunyai liputan yang luas di seluruh Malaysia.

Jadi bagaimana Produk ONEXOX dapat memberi kelebihan luar biasa kepada anda?

1. Voice mail / panggilan bawah 10 saat yang sangat murah.

Kini di ONEXOX apabila anda membuat panggilan ke mana-mana rangkaian samada bawah 10 saat atau panggilan masuk ke voice mail . Anda hanya di kenakan cas sebanyak 5 sen sahaja.

Berbanding dengan telco-telco lain di luar sana yang mengenakan cas yang boleh di anggap mahal. Bayangkan 100 panggilan yang anda buat , 30-40 panggilan masuk ke voice mail.

Sekiranya anda di kenakan 18 sen untuk setiap voice mail atau panggilan bawah 10 saat. Dalam sebulan anda mendapat 100  kali voice mail. Anda sudah di kenakan cas sebanyak RM18.00 berbanding dengan ONEXOX hanya RM5 sahaja.

Untuk lebih faham anda boleh uji telco anda sendiri. Dengan memeriksa baki dahulu kemudian buat panggilan bawah 5 saat. Dan periksa berapakah jumlah yang di kenakan pada anda. 




Bayangkan penjimatan yang berterusan bila anda bertukar ke Simkad ONEXOX. Walaupun perbezaannya mungkin kecil kerana nilai sen-sen. Untuk jangka masa panjang anda boleh selamatkan pembaziran yang tidak disengajakan. Contohnya: perbezaan cuma 13 sen sahaja. Syarikat X 18 sen dan ONEXOX 5 sen. Dalam sebulan lebih kurang 40 panggilan yang masuk ke Voicemail. 
RM0.13 x 40 = RM5.20 (sebulan)
RM5.20 x 12 = RM62.40 (setahun)
RM62,40 x 5 = RM312.00 (5 tahun)

Anda boleh kira berapa anda boleh jimat dengan periksa cas dari Telco anda yang sekarang

2. Family and Friends

Di ONEXOX anda dapat menikmati penjimatan berganda-ganda dengan kadar Family and Friends . Anda boleh memilih 10 nombor ke mana-mana rangkaian malah ke talian tetap (TM).


Berbanding telco-telco lain hanya boleh membuat panggilan Family and Friends  kepada sama rangkaian sahaja. Jadi sangat terhad untuk menggunakan sepenuhnya kadar istimewa ini. 

* Pada masa kini kebanyakan orang mempunyai pilihan untuk telco kegemaran masing-masing. Jadi kita tidak boleh memaksa semua orang yang rapat dengan kita untuk turut menggunakan syarikat telco yang sama dengan kita. Melainkan dengan ONEXOX , anda mampu menikmati sepenuhnya walaupun berbeza rangkaian. Kadar termurah di pasaran.


3. Internet dengan kadar murah dan berkelajuan tinggi.

Anda boleh menikmati kadar yang paling berbaloi setiap bulan untuk melanggan data internet dengan kelajuan tinggi.di ONEXOX. Anda boleh menikmati kelajuan 7.2Mbps malah lebih dari itu bergantung pada kawasan.

Pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan.Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada 'yang mana capai dahulu' iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.

Di sini tidak menggunakan sistem "Pay per Use". Ini untuk mengelakkan dari menolak kredit pelanggan tanpa di sedari oleh mereka. "Pay per Use" tidak mengikut syarat syariah perniagaan kerana ramai yang tidak tahu bagaimana ianya beroperasi.

ONEXOX menyediakan pakej istimewa yang luar biasa berbanding dengan Telco-telco lain iaitu RM29.99 untuk 1.5Gb bagi 30 hari. Tarikan utama yang akan buat anda berpuas hati dengan pakej ini.


Anda boleh melihat antara testimoni pelanggan yang berpuas hati pada link di sini 
Testimoni internet user dan anda juga boleh melihat testimoni kelajuan mengikut 
tempat pada link di sini Testimoni kelajuan

4. Tempoh sah sehingga 28 bulan.

Kini anda tidak perlu risau lagi mengenai tempoh sah yang singkat seperti 7 hari atau 30 hari sahaja kerana di ONEXOX anda akan menerima sehingga 2 tahun 4 bulan.

Walaupun anda hanya top up RM10 sahaja dan selepas itu anda tidak lagi top up. Akaun anda masih boleh aktif menerima panggilan dan membuat panggilan ( sekiranya masih ada baki ) sehingga 28 bulan.

Ini sangat membantu untuk pengguna yang jarang menggunakan telefon tetapi terpaksa membuat tambah nilai setiap bulan untuk memastikan tempoh sah masih aktif. Dan menyebabkan kredit terkumpul dengan banyaknya walaupun jarang menggunakannya.

Sekiranya anda pernah menghadapi situasi dimana kredit anda masih mempunyai baki yang banyak tetapi anda tidak dapat menggunakan kredit anda itu untuk membuat panggilan atau menghantar SMS kerana tempoh sah sudah tamat. Dan memaksa anda untuk membuat tambah nilai semata-mata untuk mengaktifkan tempoh sah. Hasilnya lambakan kredit yang tidak terguna dan menyusahkan para pelanggan.

Jadi dengan bertukar ke ONEXOX anda tidak perlu risau kerana akan mendapat tempoh sah sehingga 2 tahun 4 bulan malah sekiranya anda membuat tambah nilai. Tempoh sah akan terus bertambah dan kemungkinan tempoh sah anda tiada penamatnya.

Untuk memiliki tempoh sah yang panjang ini syaratnya sangat mudah iaitu dengan dua cara. Iaitu:

1. Kekalkan nombor lama - Dengan mengekalkan nombor anda dan bertukar ke ONEXOX maka secara automatik anda layak mendapat tempoh 28 bulan ini. Kekal nombor lama bermaksud anda menggunakan nombor yang anda sekarang seperti 012, 013, 014, 018, 019 dan sebagainya. Tetapi anda menukar talian ke ONEXOX. Anda boleh menghubungi dealer yang berdekatan dengan anda atau admin.

2. Starter Pack - Pilih nombor baru dari dealer-dealer ONEXOX dan daftarkan. Kemudian buat tambah nilai RM50 sekaligus dalam masa 30 hari dari tarikh simkad diaktifkan. Pastikan anda tidak terlepas untuk mengelakkan anda hilang kelayakan mendapat tempoh sah 28 bulan. Selepas membuat tambah nilai RM50 , anda akan menerima tempoh sah 28 bulan.

p/s : Tempoh sah akan diaktifkan selepas 2 minggu dari tarikh pengaktifan. Sekiranya selepas dua minggu anda masih tidak menerima tempoh sah 28 bulan maka sila hubungi dealer atau pihak ONEXOX (12273).

5. GST di kembalikan

Sebagai pengguna ONEXOX , kelebihan yang luar biasa apabila setiap kali anda membeli tambah nilai dan dikenakan GST. Jangan risau kerana ONEXOX akan pulangkan nilai 6% ke atas GST melalui kredit ke dalam akaun DA. Pengguna akan menerima pulangan baki kredit itu selepas 3 hari dari tambah nilai.

6. Plan fleksi 2 dalam 1 yang unik

Di ONEXOX kami mempunyai dua akaun iaitu akaun biasa (MA) dan akaun istimewa (DA) . Dengan akaun istimewa pelanggan dapat menikmati kadar termurah di pasaran.



DA adalah akaun kadar murah - Hanya untuk panggilan & sms sahaja.  Di gunakan terlebih dahulu bagi menikmati kadar murah.



MA adalah akaun kadar biasa - Untuk membuat langganan data dan pindahan kredit. Di gunakan selepas tiada baki di akaun dedikasi .Sekiranya anda ingin melanggan data, anda perlu transfer dulu nilai DA ke MA mengikut pelan data yang anda inginkan.


Tujuannya untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk mengalami rate POSTPAID dan menggunakan internet pada suatu masa . Walaupun pelanggan hanya membuat tambah nilai serendah RM5 sahaja mereka masih dapat menikmati kadar murah di ONEXOX. Selain itu juga dapat menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat promosi pada kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Dengan berkonsepkan pembelian secara pukal (banyak) , pelanggan dapat menikmati penjimatan sepenuhnya dan dapat merancang perbelanjaan mereka.

Untuk lebih memahami kenapa di wujudkan 2 akaun anda boleh lihat di link berikut . Dua akaun


7. Bayar mengikut penggunaan (30 saat per blok)

ONEXOX menggunakan 30 saat per blok. Jadi anda tidak dikenakan cas lebih dari yang sepatutnya. Sekiranya anda menggunakan 1 minit 10 saat. Anda akan di cas sebanyak 1 minit 30 saat. Berbanding telco lain yang akan cas anda sebanyak 2 minit.

telco X = 28 sen / 1 minit ,
sekiranya 1 minit 10 saat = 2 minit = 56 sen

ONEXOX = 30 saat (pertama) = 9 sen , 30 saat (kedua) = 9 sen ,
sekiranya 1 minit 10 saat = 1 minit 30 saat = 27 sen

Jadi anda jimat 29 sen.


Anda boleh lihat berapa banyak perbezaan dan mungkin kebanyakan pengguna tidak tahu dan tidak ambil kisah kerana nilai yang ditolak tidak begitu besar kerana sen-sen sahaja. Tetapi sekiranya anda ambil tahu dan buat perbandingan. Anda pasti dapat selamatkan kredit anda dan dapat berjimat kerana anda hanya bayar ikut pada penggunaan sahaja.


8. SMS percuma

Satu lagi kelebihan kepada pengguna ONEXOX di mana anda akan mendapat SMS percuma selama setahun. Iaitu sebanyak 1800 SMS setahun iaitu bersamaan 150 SMS setiap bulan.

Kesemua SMS ini tiada tamat tempoh dan boleh di bawa ke depan sekiranya tidak habis digunakan.

*SMS ini hanya boleh di gunakan antara pengguna ONEXOX dan XOX sahaja.

Untuk lebih faham syarat-syaratnya boleh tengok di link ini . Syarat SMS percuma

9. Semak Bil anda

Antara pelan prepaid di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan bil kepada pelanggan. Kini anda boleh memeriksa semua panggilan dan SMS bagi telefon anda setiap bulan.

Dengan cara ini pelanggan boleh memeriksa dan mengawal penggunaan telefon mereka. Jadi mereka boleh tahu ke mana hilangnya kredit yang mereka gunakan.
Anda hanya perlu log in ke selfcare dan pilih bahagian bill statement

Contoh bil:



10. Tambah nilai

Apabila menjadi pengguna ONEXOX , anda tidak perlu risau kerana boleh membuat tambah nilai di mana-mana sahaja termasuk stesen minyak, kedai seven eleven, supermarket besar dan kedai yang mempunyai sistem epay. Malah anda juga boleh melakukannya secara online melalui selfcare onexox. Di selfcare anda boleh membuat bayaran samada dengan online banking (maybank2u, cimbclicks etc) serta dengan kad debit atau kredit kad. Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan kemudian setiap kali ingin membuat tambah nilai hanya perlu masukkan nilai sahaja. Samada melalui  website atau melalui apps.



Klik sini untuk mengetahui cara pembayaran secara online di selfcare. Klik

Klik sini untuk mendownload applikasi onexox. Klik


11. Tiada Spam SMS

Servis ini tiada di ONEXOX kerana bagi syarikat ianya hanya untuk memanipulasi pelanggan demi mendapat keuntungan secara mudah.

Jika anda pernah melanggan, pastikan anda menghentikan servis tersebut kerana ianya pembaziran yang tak patut berlaku atau lawati link ini untuk mengetahui caranya

http://www.skmm.gov.my/Sectors/Celco/Mobile-Content-Services.aspx
www.skmm.gov.my




12. User get user

Salah satu kelebihan luar biasa yang tiada pada telco-telco lain selain ONEXOX ialah user get user. Dimana apabila anda berkongsi , anda akan diberi ganjaran.

Kebiasaan pelanggan yang gembira dengan produk yang mereka pakai pasti akan bercerita dengan orang di sekeliling mereka. Ini adalah lumrah manusia untuk berkongsi perkara yang baik dengan orang di sekeliling.

Di ONEXOX apabila anda berkongsi dengan sesiapa sahaja kebaikan produk ini. Kemudian mereka juga berminat untuk menggunakan simkad ONEXOX. Maka anda akan di beri ganjaran sebanyak 6% dari jumlah yang mereka top up setiap bulan. Anda akan terus mendapat ganjaran ini selagi mereka setia menggunakan simkad ONEXOX. Ganjaran ini akan di beri samada dalam bentuk kredit atau tunai terus ke akaun anda setiap bulan.

Jadi lebih ramai anda berkongsi maka lebih banyak yang bakal anda perolehi. Kemungkinan besar anda sudah tidak perlu membayar tambah nilai anda lagi setiap bulan kerana anda akan mendapatnya dari ganjaran 6% ni sahaja.

Syaratnya mudah sahaja iaitu hanya perlu menjadi pengguna ONEXOX. Tiada yuran penyertaan. Tiada had yang ditetapkan apabila ingin berkongsi dengan orang lain. Mesti didaftarkan pada pengedar yang sah sahaja.

Dengan hanya berkongsi anda bukan sahaja dapat membantu orang lain berjimat malah anda juga dapat menjana pendapatan yang berterusan dengan ONEXOX.

Bayangkan anda mempunyai Use get User sehingga 20 orang.
Setiap dari mereka membuat tambah nilai RM50 setiap bulan.

20 x RM50 x 6% = RM60

Secara automatik anda sudah mendapat top up percuma setiap bulan.

Bayangkan  rakan-rakan anda semua bertukar ke ONEXOX , pendapatan anda akan bertambah.


*Tujuan syarikat menggunakan sistem user get user adalah untuk melakukan promosi produk dengan kuasa pelanggan. Di mana pemasaran mulut ke mulut adalah salah satu teknik pemasaran yang cukup berkuasa sejak dari dulu lagi. Dengan produk yang dapat membantu orang lain dapat berjimat juga menjadi kekuatan untuk produk ini. Syarikat tidak menggunakan pemasaran tradisional iaitu pengiklanan melalui iklan televisyen, radio , surat khabar , papan , dan lain2 yang memerlukan belanja yang cukup besar. Sehingga kini sudah berjaya mencapai 520 000 pengguna ONEXOX dalam masa 1 tahun 6 bulan sahaja.

13. Pendaftaran murah.

Kini anda boleh bertukar ke ONEXOX dengan hanya RM10 sahaja. Anda akan mendapat simkad bersama kredit RM5 di dalam.



Selepas membuat pendaftaran pastikan anda membuat tambah nilai samada minimum RM5 hingga RM50. Ini adalah untuk mengaktifkan simkad anda. Untuk penghantaran pos , sila tambah RM5 sahaja.


Simkad (dengan nilai RM5 didalam)                = RM10
Penghantaran Pos                                              = RM5
Tambahan Tambah Nilai (untuk aktifkan sim) = RM5
Jumlah                                                          = RM20



Tawaran istimewa untuk yang berminat. Anda akan mendapat web promosi dengan link istimewa anda sendiri PERCUMA untuk membantu anda mempromosi produk ONEXOX bagi meramaikan user dibawah anda. Hubungi saya segera.

Sila call / SMS / whatsapp / telegram ke no 
014 710 7677


Bagaimana telco-telco di Malaysia membuat keuntungan

Bagaimana telco-telco di Malaysia membuat keuntungan berganda-ganda kepada pengguna mereka ?

Selain mengenakan cas yang MUNGKIN berpatutan untuk panggilan telefon , SMS dan internet . Kebanyakan syarikat-syarikat Telco mengaut keuntungan yang berganda-ganda setiap tahun tanpa pengguna sedari. Antaranya ialah :

1. Voice mail message - Apabila anda membuat panggilan kepada rakan tetapi mereka tidak angkat , telefon ditutup , berada di luar kawasan atau sebagainya. Kemudian operator pula yang tolong jawab "sila tinggalkan pesanan anda".

Dalam 100 panggilan yang dilakukan hampir 30-40 panggilan akan masuk ke voice mail. Dan setiap kali masuk ke voice mail , anda akan di kenakan cas mengikut blok panggilan samada 30 saat , 1 minit atau 3 minit. Walaupun anda langsung tidak meninggalkan sebarang pesanan suara tapi masih di kenakan cas yang boleh dianggap mahal.

Sebab apa mahal? Walaupun tidak guna , tetap di kenakan cas untuk kadar 1 minit. Bayangkan kalau 1 minit anda di cas 25 sen - 38 sen. Kalau dah kena 10 kali , berapa kredit anda di tolak?

2. Cas per Blok - Syarikat-syarikat telco mempunyai blok panggilan tersendiri. Ada yang 30 saat, 1 minit dan 3 minit untuk setiap blok. Kebanyakan menggunakan 1 minit per blok bagi setiap panggilan. Walaupun pengguna membuat panggilan tidak sampai 30 saat tetapi mereka tetap akan di cas selama 1 minit.

Mengikut kajian 80 % pengguna telefon bimbit menggunakan perkhidmatan ini dibawah 30 saat. Bayangkan 1 minit bersamaan 28 - 38 sen. Anda tetap di kenakan pada rate yang sama walaupun guna sekejap sahaja.

3.  Drop call - Masalah talian terputus secara tiba-tiba. Dalam tempoh 10-15 minit kita bercakap melalui telefon , talian boleh terputus sehingga lima atau enam kali.

Keuntungan boleh didapati daripada setiap 20 saat panggilan pertama yang dibuat oleh pengguna kerana apabila talian terputus pengguna terpaksa membuat panggilan demi panggilan. Masalah ini sudah banyak di laporkan pada pihak yang berkenaan tetapi perkara ini tetap berulang dan membebankan pelanggan.

4. Pay per use - Apabila anda melanggan data internet dengan kadar berpatutan kemudian setelah habis quota data yang digunakan. Tanpa disedari , anda masih menggunakan data internet tersebut dan dicas melalui kredit anda dengan kadar yang agak mahal.

Perkara ini selalu berlaku pada pelanggan yang melanggan data. Tanpa disedari, mereka sudah menggunakan lebih dari quota yang dibenarkan. Tanpa sebarang peringatan, kredit pelanggan akan ditolak mengikut kadar yang telah di tetapkan seperti 10 sen untuk 10kb.
1MB = 1000kb = RM10
  • Kegiatan untuk email dan membuka laman internet  - 0.02 - 0.05 MB setiap aktiviti
  • Menghantar atau menerima gambar - 0.10 - 0.25 MB setiap aktiviti
  • Memuat turun fail muzik - 4 - 6 MB setiap aktiviti
  • Membuka atau memuat turun video berdurasi 3-5 minit - 20-30 MB
5. Spam SMS - Langganan automatik seperti caller ringtone , wallpaper , undian untuk realiti show , gambar untuk MMS , tips dan nasihat , horoskop , info segala info dan banyak lagi. Kebiasaan dilanggan oleh pelanggan sendiri secara sedar atau tanpa sedar. Kebanyakan pelanggan tidak tahu telefon mereka sudah melanggan pakej yang tidak di perlukan. Kerana itu banyak yang kehilangan kredit tanpa mereka sedar walaupun mereka jarang menggunakan telefon. Untuk lebih faham boleh tengok di link sini . Content provider




User get user

User get user ONEXOX


Dengan modal permulaan serendah RM10 untuk menjadi pengguna ONEXOX. Anda boleh menghasilkan pendapatan pasif setiap bulan dengan hanya berkongsi dan memperkenalkan kelebihan simkad ONEXOX kepada rakan dan keluarga serta orang disekeliling.

Kemudian apabila mereka juga menjadi pengguna ONEXOX. Anda akan mendapat ganjaran 6% dari jumlah yang mereka top up setiap bulan. Malah selagi mereka guna maka selagi itu anda akan dapat.

Anda membantu mereka berjimat dan pada masa yang sama anda di beri ganjaran.Saya tunjukkan pada anda potensi pendapatan dengan hanya 6%  sahaja. Walaupun nilainya tidak begitu besar tetapi yang pastinya anda akan dapat setiap bulan. Ini kerana setiap bulan orang pasti akan top up.

Saya letakkan beberapa contoh pengiraan . Di mana mengikut pada kemampuan anda samada ingin berkongsi dengan 2 orang pengguna hingga ke 10 orang pengguna sebulan.

Walaupun bagi sesetengah orang melihat nilai ini tidak begitu besar tetapi pada masa kini yang sangat mencabar dengan harga barang naik , GST dan bermacam-macam lagi. Ia dapat membantu mengurangkan beban bulanan yang wajib di sediakan oleh setiap orang iaitu tambah nilai.




Jadi sekiranya anda berminat , anda boleh membeli beberapa simkad dahulu. Satu tawaran istimewa untuk anda.


Anda beli 5 keping simkad dengan harga RM50

saya akan beri anda

Penghantaran pos  - Percuma
Panduan pengguna - Percuma
Web promosi dengan link anda sendiri - Percuma


Hubungi saya  - Hakim 014 710 7677


Kenapa anda perlu cuba perniagaan ini.


Kenapa anda perlu cuba perniagaan ini.


Sekiranya anda bekerja , berniaga atau belajar , tetapi anda ingin mencari duit tepi atau pendapatan pasif setiap bulan. Anda boleh melakukan perniagaan ini tanpa perlu berhenti kerja atau berniaga serta tidak perlu mengganggu waktu belajar.

Perniagaan ini tidak memerlukan komitmen yang tinggi seperti perlu menghadiri mesyuarat, mesti  mencapai target jualan setiap bulan, memerlukan modal yang besar, dan lebih banyak kebebasan bergantung pada usaha yang di lakukan.

Apabila anda membaca di bahagian ini, saya percaya anda sudah memahami kekuatan produk ini sendiri di mana matlamat kita adalah untuk membantu semua orang dapat berjimat dan tidak membayar lebih dari sepatutnya. Sekiranya masih belum memahami mengenai produk , saya menggalakkan anda untuk mengetahui mengenai produk terlebih dahulu sebelum meneruskan bacaan.

Mudah untuk menjual.

Dengan kekuatan produk yang memberi banyak kelebihan kepada pelanggan, tidak sukar untuk berkongsi dengan semua orang. Dengan harga yang mampu di miliki oleh semua orang iaitu hanya RM10 untuk bertukar ke ONEXOX akan membuatkan pelanggan tidak perlu berfikir panjang untuk membuat keputusan.
Potensi pelanggan yang ramai.

Tidak perlu risau untuk mendapatkan pelanggan kerana pasaran untuk produk ni sangat besar. Target pelanggan anda ialah sesiapa sahaja yang menggunakan telefon. Di Malaysia terdapat 42 juta pengguna telefon bimbit. Di mana 38 juta ialah pengguna prepaid. 

Kenapa jumlahnya lebih tinggi dari jumlah rakyat Malaysia iaitu menghampiri 30 juta pada tahun ini? Ini kerana terdapat pengguna yang menggunakan lebih dari satu telefon.

Pasaran baru (Fresh Market)

Syarikat ONEXOX masih baru iaitu di lancarkan pada Januari 2014. Sehingga sekarang (update Mei 2015) , kita sudah berjaya mencapai 520,000 pengguna. Jadi masih ada ramai lagi potensi pelanggan untuk semua yang terlibat dalam perniagaan ini.

Keperluan pada masa kini

Kita semua tahu telekomunikasi sudah menjadi salah satu keperluan untuk setiap rakyat Malaysia seperti mana kenderaan , perkhidmatan elektrik , perkhidmatan air , minyak kenderaan dan sebagainya. Setiap orang yang menggunakan telefon bimbit PASTI akan membuat TAMBAH NILAI pada SETIAP BULAN. Purata rakyat Malaysia membuat tambah nilai ialah RM50 setiap bulan.

Pendapatan Pasif atau duit pencen.

Dengan ONEXOX , sebagai seorang pengedar (dealer) akan menerima 10% dari jumlah tambah nilai dari setiap pelanggan yang berjaya di jual oleh mereka setiap bulan. Anda sebagai pengedar hanya perlu membuat kerja sekali sahaja iaitu memperkenalkan mengenai produk kepada pelanggan dan mengajar mereka cara untuk menggunakan SIM kad ONEXOX. Selepas itu anda akan menikmati ganjaran pada setiap bulan iaitu selagi mereka menggunakan produk dan membuat tambah nilai maka selagi itu anda akan menerima ganjaran setiap bulan.

Bagaimana jadikan perniagaan ini sebagai duit pencen anda?


Dengan melakukan perniagaan ini, anda tidak perlu risau dengan komitmen pada masa hadapan. Kerana apabila anda berjaya mencapai target anda dan bercadang untuk berhenti melakukan perniagaan ini. Pendapatan anda setiap bulan anda tidak akan terjejas kerana pelanggan sedia ada masih tetap menggunakan produk dan membuat tambah nilai. Maka anda tetap menerimanya.
Contohnya : Ali bercadang ingin membuat perniagaan ini dalam masa 2 tahun sahaja atau mencapai pelanggan sebanyak 2500 pelanggan. Bergantung mana dahulu. Selepas 2 tahun Ali berjaya mencapai 2500 pelanggan di bawahnya.

Kira-kira : purata pelanggan membuat tambah nilai = RM50 sebulan.
Pelanggan Ali = 1000 pengguna
Pendapatan = 10% x 1000 x RM50  = RM5,000.00

Bayangkan selepas berjaya mencapai 1000 pelanggan , Ali membuat keputusan untuk berhenti melakukan perniagaan ini. Maka setiap bulan Ali akan mendapat pendapatan sebanyak RM5000. Sama ada kurang sedikit atau lebih sedikit. Ali akan terus mendapat pendapatan ini sampai bila-bila kerana pelanggan Ali akan tetap melakukan tambah nilai. Bayangkan jika itu adalah pendapatan anda.

Anda usaha anda yang dapat

Perlu di fahamkan bahawa ini adalah bukan perniagaan Multilevel atau skim cepat kaya. Perniagaan ini bukanlah dengan tujuan untuk membuatkan orang atas menjadi kaya dan lebih kaya. Ini adalah perniagaan biasa iaitu kita menjual sesuatu produk kepada para pengguna. Lebih banyak yang anda perkenalkan maka lebih banyak yang bakal anda dapat. Perniagaan ini bukan perniagaan yang mewajibkan pengguna lain juga untuk mencari pengguna baru sama ada untuk di pasang-pasangkan atau sebagainya.

Biar produk yang bercakap untuk anda

Apabila anda sudah mempunyai ramai pelanggan . Pasti anda akan dapat rasa keajaibannya selepas itu. Kerana anda akan menerima lebih ramai pelanggan dan lebih mudah. Ini kerana apabila pengguna di bawah anda berpuas hati dengan produk ini maka dengan sendirinya mereka akan mula bercerita dengan orang di sekeliling mereka. Lumrah manusia yang ingin berkongsi perkara yang baik dengan orang di sekeliling mereka. Sebagai seorang pengedar akan menjadi kelebihan yang besar untuk anda kerana pelanggan anda akan mencari anda kembali untuk mendaftarkan rakan dan keluarga mereka pula.

Ini adalah salah satu strategi syarikat ONEXOX yang tidak menggunakan pengiklanan tradisional yang mahal seperti iklan di televisyen , surat khabar , radio dan sebagainya. Sebaliknya menggunakan kekuatan promosi “mulut ke mulut” di mana ia sangat berkuasa. Buktinya dalam masa 9 bulan berjaya mempunyai 170,000 pengguna.

Saya percaya jika anda lakukan perniagaan ini dengan niat untuk membantu ramai orang berjimat dan memberi nilai dalam kehidupan setiap orang. Anda akan lebih maju dan akan menerima ganjaran yang lumayan pada masa hadapan.

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya

Hakim     014 710 7677

Bagaimana memulakan perniagaan Simkad RM10


Kami sedang mencari sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bersama kami di ONEXOX. Peluang untuk anda menjana pendapatan sebagai seorang dealer Di ONEXOX.


Kelebihan access sebagai dealer ONEXOX

-Anda sebagai dealer boleh membuat pendaftaran no baru dan juga no mnp (kekal nombor lama) sama ada dari laptop atau telefon anda sahaja.
-Anda boleh memeriksa status pertukaran Nombor lama.
-Anda boleh membekalkan / menjual simkad kepada pengguna yang berminat.
-Anda boleh mendaftarkan pelanggan termasuk user get user .
-Anda boleh menjual top up kepada pengguna dengan menggunakan telefon anda.
-Tidak perlu pendaftaran syarikat.
-Tidak perlu lesen perniagaan.
- Tidak terikat dengan target bulanan.
-Tidak perlu menghadiri sebarang mesyuarat atau training .
-Tidak perlu mempunyai kedai dan pekerja.
-Tidak perlu modal yang sangat besar sehingga puluh ribu.

Keuntungan sebagai seorang Dealer ONEXOX

Apabila menjadi dealer anda akan mendapat beberapa keuntungan

1.     Pelanggan yang membeli terus kepada anda (level 1) - anda akan mendapat 10% untuk setiap simkad yang anda jual dari jumlah yang mereka top up setiap bulan. (KEUNTUNGAN BERTERUSAN)
Anda tetap akan dapat walaupun mereka top up dimana sahaja.

2.    Untuk setiap simkad yang anda jual , anda akan mendapat keuntungan runcit sebanyak RM2.20. Harga sekeping simkad adalah RM7.80 dan dijual dengan harga RM10.

3.    Apabila pelanggan di bawah anda membuat UGU (user get user), anda akan berkongsi dengan mereka iaitu 5% untuk anda (dealer) dan 6% untuk pengguna . Ini memudahkan kerja anda kerana pelanggan di bawah anda yang akan membawa lebih ramai pelanggan kepada anda. (KEUNTUNGAN BERTERUSAN)

4.    Apabila anda berjaya mendaftar 20 pengguna , maka anda layak untuk melantik subdealer baru di bawah anda. Dan anda boleh menikmati overriding sebanyak

Level 1 - 10% (pengguna di bawah anda)
Level 2 - 2% (dealer)
Level 3 - 2% (dealer)
Level 4 - 1% (dealer)

Anda akan dapat % bagi setiap pengguna di bawah mereka setiap bulan.
Apabila anda berjaya mendaftarkan 50 pengguna samada direct atau tidak direct. Maka anda akan diiktiraf aebagai seorang dealer di ONEXOX.

5.    Keuntungan runcit dari jualan tambah nilai sebanyak 5% . Anda akan mendapat kredit yang boleh di jual dengan menggunakan telefon Dreg.


Potensi pendapatan

Potensi Pendapatan

Potensi pendapatan sebagai seorang Dealer

Saya ingin berkongsi dengan anda potensi pendapatan yang bakal anda dapat dengan menjual simkad RM10 ni sahaja. Yang pastinya ini adalah PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN untuk anda. Ini kerana setiap bulan orang pastikan akan top up.

Disini saya akan menunjukkan 4 tahap bagi seorang dealer di ONEXOX. Ini hanyalah pendapat dari penulis. Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan bersama.

Tahap 4

Dealer yang tidak aktif tetapi masih mampu memperkenalkan kepada beberapa orang setiap bulan. Dengan hanya berkongsi dengan orang di sekeliling samada secara terus ataupun secara online seperti di facebook, twitter , instagram dan sebagainya.

Sebulan berjaya mendapatkan 1 - 10 orang setiap bulan. Jadi di bawah kiraan purata iaitu 5 orang pengguna sebulan.


Tahap 3

Dealer yang aktif tetapi mungkin mempunyai kerja atau perniagaan lain. Mereka akan sentiasa memperkenalkan pada orang di sekeliling dan juga orang baru.

Sebulan berjaya mendapatkan 10 - 50 orang setiap bulan. Jadi di bawah kiraan purata iaitu 30 orang pengguna sebulan.Untuk tahap ini, dealer hanya perlu mencari secara purata hanya 1 orang sehari.


Tahap 2

Dealer yang aktif dan mungkin melakukan secara sepenuh masa. Sentiasa mencari orang baru dan mencuba berbagai cara untuk mendapatkan pengguna baru setiap hari.

Sebulan berjaya mendapatkan 50 - 100 orang setiap bulan. Jadi di bawah kiraan purata iaitu 75 orang pengguna sebulan.Untuk tahap ini, dealer hanya perlu mencari secara purata hanya 2 - 3 orang sehari.



Tahap 1

Dealer yang luar biasa aktif. Meletakkan sepenuh hati untuk perniagaan ini. Meletakkan matlamat dan fokus 100% untuk perniagaan ini.

Sebulan berjaya mendapatkan 100 - 200 orang setiap bulan. Jadi di bawah kiraan purata iaitu 150 orang pengguna sebulan.Untuk tahap ini, dealer hanya perlu mencari secara purata hanya 5 orang sehari.



*Pendapatan di atas adalah tidak termasuk UGU dari pelanggan sedia ada serta tajaan subdealer baru. Semuanya bergantung kepada kesedian dan kesungguhan masing-masing.

SEKIRANYA SELEPAS ANDA BERJAYA MENCAPAI JUMLAH PELANGGAN YANG DI INGINKAN KEMUDIAN ANDA BERHENTI MEMBUAT JUALAN. ANDA MASIH MENERIMA KOMISYEN ANDA SETIAP BULAN. INI LAH DI NAMAKAN DUIT PENCEN UNTUK ANDA.



Syarat -syarat menjadi dealer

Sebelum itu anda perlu tahu satu fakta mengenai mengenai perniagaan telekomunikasi di Malaysia.
Untuk mendapat access sebagai dealer-dealer di telco-telco lain. Anda perlu memenuhi syarat berikut sebelum layak menjadi seorang dealer
-Mempunyai kedai telefon.
-Modal dari RM5000 – RM50,000. Untuk membeli stok simkad dan eload (top up).
-Pendaftaran syarikat.
-Mempunyai lesen perniagaan .
-Pekerja / Pembantu untuk pendaftaran.
-Kena capai target dalam masa 3 bulan sebelum betul-betul layak.

Jadi , untuk menjadi seorang Dealer di ONEXOX. Anda perlu sediakan modal sebanyak

 bukan RM27,0000 

bukan RM2700



Tetapi cuma RM278 sahaja

Dan anda TIDAK PERLU memenuhi syarat-syarat di atas. Kerana di ONEXOX ini adalah perniagaan yang paling santai.


Syarat-syarat menjadi Dealer ONEXOX


1. Untuk menjadi seorang dealer anda mesti menjadi pengguna terlebih dahulu. Boleh kekalkan nombor lama atau daftar nombor baru.

2. Sediakan salinan IC, email dan nombor akaun.

3. Buat pembayaran yuran pendaftaran Dealer seperti dibawah. Selepas No anda di aktifkan, anda boleh terus didaftarkan menjadi Dealer dan proses hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

Yuran pendaftaran (seumur hidup)   – RM100
Simkad 10 keping                             – RM78
Kredit bernilai RM100                     – RM100 (rebate 5%)

Jumlah                                            – RM278  

4. Simkad dan kelengkapan akan terus di pos selepas anda mendapat ID dealer. Kredit tambah nilai akan terus di terima dan boleh disemak pada sistem onesys ONEXOX (sistem dealer)

5. Kini anda sudah boleh mula melakukan perniagaan ini.


*Walaupun anda membayar RM278, tetapi selepas anda menjual kembali simkad (10xRM10 = RM100 ) dan Kredit tambah nilai (RM100). Bermakna anda hanya mengeluarkan modal sebanyak RM78 sahaja.