Boleh terangkan pasal friends and family di ONEXOX?


Boleh terangkan pasal friends and family di ONEXOX?


Pengguna boleh memilih 10 nombor rakan dan keluarga dan menikmati kadar paling murah iaitu 6 sen per blok (30 saat). Ini bermakna hanya 12 sen seminit dan juga 2 sen per SMS. Pengguna boleh memilih 10 nombor ke semua rangkaian termasuk talian tetap (TM) . Boleh mengaktifkan samada melalui SMS atau di portal xox selfcare (website). Sekiranya ingin membuat penukaran hanya RM1 sahaja di kenakan(selepas 10 nombor sudah penuh). SMS percuma akan di cas terlebih dahulu sekiranya baki SMS percuma masih ada sebelum di kenakan cas Friends and family.




Berapakah had bilangan nombor-nombor Famili & Rakan (FnF) yang boleh didaftarkan dan untuk rangkaian mana?

Anda boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran pertama adalah percuma. Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian tempatan termasuk talian tetap Telekom Malaysia (kecuali nombor premium 1-300). Anda juga boleh membatalkan nombor dan membuat pendaftaran gantian. Walau bagaimanapun, setiap satu pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan caj RM1 pada baki MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.

Bagaimana ingin menguruskan nombor friends and family?

Melalui portal selfcare - Klik sini Self Care

Melalui SMS

a. Cara mendaftar FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>ADD<jarak><nombor telefon>
b. Cara menyemak senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>LIST
c. Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>DEL<jarak><nombor telefon>


Adakah saya layak mendapat kadar FnF jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
Ya, anda tetap akan menikmati kadar FnF walaupun menggunakan baki MA.