Kenapa perlu dua akaun di ONEXOX

Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?

Jawapan Pertama

Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.

Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut. 

Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.   
Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma):
SMS ke 22111- TRNS<jarak>DA<jarak><amaun yg hendak dipindahkan>  
Contoh: TRNS DA 18

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.



Jawapan Kedua

Tujuannya adalah untuk memastikan semua golongan dapat menikmati kadar murah. Sesetengah telco memberi penjimatan dengan bersyarat seperti jimat pada waktu2 tertentu sahaja atau top up lebih untuk lebih jimat dan Ini adalah strategi syarikat2 untuk memberi penjimatan kepada pelanggan. Berlaku win2 situation antara pelanggan dan syarikat iaitu guna lebih untuk lebih murah. Tetapi bagaimana golongan yang tidak mampu top up lebih seperti remaja dan sesiapa sahaja.

Jadi Onexox datang dengan pakej dua akaun di mana semua orang mampu menikmatinya walaupun hanya top up RM5 sahaja. Selain itu , pengguna dapat merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar murah yang berterusan pada akaun dedikasi.

DA adalah akaun kadar murah - Hanya untuk panggilan & sms sahaja.  Di gunakan terlebih dahulu bagi menikmati kadar murah. Sekiranya anda ingin melanggan data, anda perlu TRANSFER dulu nilai DA ke MA mengikut pelan data yg anda inginkan.

MA adalah akaun kadar biasa - Untuk membuat langganan data dan pindahan kredit. Di gunakan selepas tiada baki di akaun dedikasi .


Jawapan Ketiga ( jawapan dari CEO )

Biar saya terangkan kenapa perlu ada DA dan MA

DA/MA merupakan ciptaan kami semasa bersama SALAMFONE dahulu dimana produk ini dicipta untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk mengalami rate POSTPAID dan menggunakan internet pada suatu masa .

Contoh jika anda melanggan pelan HOTLINK dan charge panggilan hotlink kebanyakannya 35 sen per block ( 0-60 saat ) anda topup 10 ringgit dan membuat panggilan selama 20 saat ( Majoriti penggunaan talifon bimbit adalah dibawah 30 saat ) anda akan di charge sebanyak 35 sen .

Berbanding anda membuat panggilan yg sama menggunakan rate MA charge panggilan masih 16 sen utk tempoh yg sama .

Jadi mahal nya dimana tu ?

Target Market ONEXOX adalah pengguna pengguna smartphone yang kini semakin bertambah dan rata-rata ARPU ( Average revenue per user ) Semakin bertambah .. dan kebanyakan pengguna pengguna baru ini tidak sedar untuk kekal active menggunakan internet kos nya semakin meningkat , Disebabkan itu peluang ini sering diambil oleh penjual sim-sim ghost hulk dan unlimited untuk keuntungan cepat yg begitu luarbiasa . Mana tak nye simkad beli paling mahal pun 10 ringgit ..diorang adjust sikit kat sistem centouch ...dapat unlimited kuota dan speed ..jual dengan harga 300 ringgit satu sim .

Mencuri la nama nye tu ..,.

Berbalik kepada DA / MA apa bila anda membuat topup 10 ringgit akaun anda akan dibahagi dua iaitu 4 ringgit utk membuat panggilan dgn rate serendah 6 sen utk 30 saat dan 6 ringgit diakaun MA utk membuat pembelian data harian ..

DA/MA juga boleh berubah mengikut waktu ..jika ianya mendapat sambutan mungkin ...mungkin rate nya akan jadi lebih murah ...

Insyallah -Bobie Farid Shamsudin