Apa itu Content Provider (CP)

Content Provider (CP) 


Salam Semua

Hari ini kita akan berbicara tentang content provider (CP)

Content Provider adalah syarikat syarikat yg mendapat lesen dari skmm utk menjual produk atas talian talifon mudah alih . Antara cth cth produk mereka ialah seperti caler ring tone ( ala bila kita call ada lagu siti nurhaliza tgh nyanyi tu ) wall paper , gambar gambar utk mms , undi utk rancangan realiti , horoskop , info keputusan periksa dan banyak lagi sebenarnya . Untuk lebih ringkas yg no dia lima digit tu cth mcm 32888 ..

Industri ini merupakan industri yg sangat lumayan kerana pelanggan telefon bimbit mencapai angka 40 juta . Industri ini juga menjana pendapatan yg sungguh besar kerana ramai masyarakat yg seakan akan terpaksa membeli produk mereka cthnya ..promosi ring tone percuma , syarikat ini akan memberi lagu lagu ini secara percuma dahulu kerana tau sikap orang kita yg suka barang barang percuma tetapi percuma mereka hanya kepada tempoh tertentu sahaja . Mereka selalunya akan memberi terma dan syarat yg sgt sgt kecil supaya orang kita tak dapat membacanya , dan mcm biasa kalau baca pun kita bukan paham sebab tulis omputih ye tak . masuk bula seterusnya ringtoone itu akan dicharge sebanyak 3 ringgit . bukan setakat ringtone yg mempunya charge sebegini , banyak lagi yg kita tidak sedar dan antara sebab inilah ramai yg komplen kehilangan kredit .

Telco Telco besar selalunya akan mendapat 50 % dari harga yg dicharge kepada pelanggan serta charge sms sebanyak 50 sen .

Sebab itu kita lihat banyak iklan iklan di internet akan berakhir dgn kita meletakkan no telefon kita sebagai syarat utk menerima produk produk CP ini ..

Servis ini tiada di ONEXOX kerana bagi kami ianya hanya utk memanipulasi pelanggan utk mendapat untung secara senang . kepada rakan rakan yg menggunakan prabayar yg mempunya servis ini berhati hati kerana mereka juga merompak rm anda secara tidak sedar .

Untuk lebih memahami anda boleh google content provider in malaysia atau tgk blog ini

http://smsscam.blogspot.com/

Jika anda pernah melanggan pastikan anda mengehntikan servis tersebut kerana ianya pembaziran yg tak patut berlaku atau lawati link ini utk cara cara nya

http://www.skmm.gov.my/Sectors/Celco/Mobile-Content-Services.aspx
www.skmm.gov.my
skmm.gov.my