Kenapa anda perlu cuba perniagaan ini.


Kenapa anda perlu cuba perniagaan ini.


Sekiranya anda bekerja , berniaga atau belajar , tetapi anda ingin mencari duit tepi atau pendapatan pasif setiap bulan. Anda boleh melakukan perniagaan ini tanpa perlu berhenti kerja atau berniaga serta tidak perlu mengganggu waktu belajar.

Perniagaan ini tidak memerlukan komitmen yang tinggi seperti perlu menghadiri mesyuarat, mesti  mencapai target jualan setiap bulan, memerlukan modal yang besar, dan lebih banyak kebebasan bergantung pada usaha yang di lakukan.

Apabila anda membaca di bahagian ini, saya percaya anda sudah memahami kekuatan produk ini sendiri di mana matlamat kita adalah untuk membantu semua orang dapat berjimat dan tidak membayar lebih dari sepatutnya. Sekiranya masih belum memahami mengenai produk , saya menggalakkan anda untuk mengetahui mengenai produk terlebih dahulu sebelum meneruskan bacaan.

Mudah untuk menjual.

Dengan kekuatan produk yang memberi banyak kelebihan kepada pelanggan, tidak sukar untuk berkongsi dengan semua orang. Dengan harga yang mampu di miliki oleh semua orang iaitu hanya RM10 untuk bertukar ke ONEXOX akan membuatkan pelanggan tidak perlu berfikir panjang untuk membuat keputusan.
Potensi pelanggan yang ramai.

Tidak perlu risau untuk mendapatkan pelanggan kerana pasaran untuk produk ni sangat besar. Target pelanggan anda ialah sesiapa sahaja yang menggunakan telefon. Di Malaysia terdapat 42 juta pengguna telefon bimbit. Di mana 38 juta ialah pengguna prepaid. 

Kenapa jumlahnya lebih tinggi dari jumlah rakyat Malaysia iaitu menghampiri 30 juta pada tahun ini? Ini kerana terdapat pengguna yang menggunakan lebih dari satu telefon.

Pasaran baru (Fresh Market)

Syarikat ONEXOX masih baru iaitu di lancarkan pada Januari 2014. Sehingga sekarang (update Mei 2015) , kita sudah berjaya mencapai 520,000 pengguna. Jadi masih ada ramai lagi potensi pelanggan untuk semua yang terlibat dalam perniagaan ini.

Keperluan pada masa kini

Kita semua tahu telekomunikasi sudah menjadi salah satu keperluan untuk setiap rakyat Malaysia seperti mana kenderaan , perkhidmatan elektrik , perkhidmatan air , minyak kenderaan dan sebagainya. Setiap orang yang menggunakan telefon bimbit PASTI akan membuat TAMBAH NILAI pada SETIAP BULAN. Purata rakyat Malaysia membuat tambah nilai ialah RM50 setiap bulan.

Pendapatan Pasif atau duit pencen.

Dengan ONEXOX , sebagai seorang pengedar (dealer) akan menerima 10% dari jumlah tambah nilai dari setiap pelanggan yang berjaya di jual oleh mereka setiap bulan. Anda sebagai pengedar hanya perlu membuat kerja sekali sahaja iaitu memperkenalkan mengenai produk kepada pelanggan dan mengajar mereka cara untuk menggunakan SIM kad ONEXOX. Selepas itu anda akan menikmati ganjaran pada setiap bulan iaitu selagi mereka menggunakan produk dan membuat tambah nilai maka selagi itu anda akan menerima ganjaran setiap bulan.

Bagaimana jadikan perniagaan ini sebagai duit pencen anda?


Dengan melakukan perniagaan ini, anda tidak perlu risau dengan komitmen pada masa hadapan. Kerana apabila anda berjaya mencapai target anda dan bercadang untuk berhenti melakukan perniagaan ini. Pendapatan anda setiap bulan anda tidak akan terjejas kerana pelanggan sedia ada masih tetap menggunakan produk dan membuat tambah nilai. Maka anda tetap menerimanya.
Contohnya : Ali bercadang ingin membuat perniagaan ini dalam masa 2 tahun sahaja atau mencapai pelanggan sebanyak 2500 pelanggan. Bergantung mana dahulu. Selepas 2 tahun Ali berjaya mencapai 2500 pelanggan di bawahnya.

Kira-kira : purata pelanggan membuat tambah nilai = RM50 sebulan.
Pelanggan Ali = 1000 pengguna
Pendapatan = 10% x 1000 x RM50  = RM5,000.00

Bayangkan selepas berjaya mencapai 1000 pelanggan , Ali membuat keputusan untuk berhenti melakukan perniagaan ini. Maka setiap bulan Ali akan mendapat pendapatan sebanyak RM5000. Sama ada kurang sedikit atau lebih sedikit. Ali akan terus mendapat pendapatan ini sampai bila-bila kerana pelanggan Ali akan tetap melakukan tambah nilai. Bayangkan jika itu adalah pendapatan anda.

Anda usaha anda yang dapat

Perlu di fahamkan bahawa ini adalah bukan perniagaan Multilevel atau skim cepat kaya. Perniagaan ini bukanlah dengan tujuan untuk membuatkan orang atas menjadi kaya dan lebih kaya. Ini adalah perniagaan biasa iaitu kita menjual sesuatu produk kepada para pengguna. Lebih banyak yang anda perkenalkan maka lebih banyak yang bakal anda dapat. Perniagaan ini bukan perniagaan yang mewajibkan pengguna lain juga untuk mencari pengguna baru sama ada untuk di pasang-pasangkan atau sebagainya.

Biar produk yang bercakap untuk anda

Apabila anda sudah mempunyai ramai pelanggan . Pasti anda akan dapat rasa keajaibannya selepas itu. Kerana anda akan menerima lebih ramai pelanggan dan lebih mudah. Ini kerana apabila pengguna di bawah anda berpuas hati dengan produk ini maka dengan sendirinya mereka akan mula bercerita dengan orang di sekeliling mereka. Lumrah manusia yang ingin berkongsi perkara yang baik dengan orang di sekeliling mereka. Sebagai seorang pengedar akan menjadi kelebihan yang besar untuk anda kerana pelanggan anda akan mencari anda kembali untuk mendaftarkan rakan dan keluarga mereka pula.

Ini adalah salah satu strategi syarikat ONEXOX yang tidak menggunakan pengiklanan tradisional yang mahal seperti iklan di televisyen , surat khabar , radio dan sebagainya. Sebaliknya menggunakan kekuatan promosi “mulut ke mulut” di mana ia sangat berkuasa. Buktinya dalam masa 9 bulan berjaya mempunyai 170,000 pengguna.

Saya percaya jika anda lakukan perniagaan ini dengan niat untuk membantu ramai orang berjimat dan memberi nilai dalam kehidupan setiap orang. Anda akan lebih maju dan akan menerima ganjaran yang lumayan pada masa hadapan.

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya

Hakim     014 710 7677