Kenapa perlu bertukar ke ONEXOX?

Kenapa perlu bertukar ke ONEXOX?

Penerangan Slide show
Sila tunggu sebentar sistem sedang memuat naik slide.Sekiranya tiada apa yang berlaku sila Refresh page ini.

Atau teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya.

Apakah ONEXOX ?


ONEXOX ialah sebuah syarikat Telekomunikasi berstatus bumiputera yang di tubuhkan pada januari 2014. ONEXOX ialah anak syarikat kepada XOX Berhad selaku MVNO (senarai MVNO Malaysia)
One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapatmenarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.

ONEXOX berada dibawah naungan XOX Berhad. Jadi untuk liputan, XOX ialah MVNO yang bekerjasama dengan syarikat Celcom sama seperti TuneTalk dan Altel. Jadi jangan risau kerana Celcom mempunyai liputan yang luas di seluruh Malaysia.

Jadi bagaimana Produk ONEXOX dapat memberi kelebihan luar biasa kepada anda?

1. Voice mail / panggilan bawah 10 saat yang sangat murah.

Kini di ONEXOX apabila anda membuat panggilan ke mana-mana rangkaian samada bawah 10 saat atau panggilan masuk ke voice mail . Anda hanya di kenakan cas sebanyak 5 sen sahaja.

Berbanding dengan telco-telco lain di luar sana yang mengenakan cas yang boleh di anggap mahal. Bayangkan 100 panggilan yang anda buat , 30-40 panggilan masuk ke voice mail.

Sekiranya anda di kenakan 18 sen untuk setiap voice mail atau panggilan bawah 10 saat. Dalam sebulan anda mendapat 100  kali voice mail. Anda sudah di kenakan cas sebanyak RM18.00 berbanding dengan ONEXOX hanya RM5 sahaja.

Untuk lebih faham anda boleh uji telco anda sendiri. Dengan memeriksa baki dahulu kemudian buat panggilan bawah 5 saat. Dan periksa berapakah jumlah yang di kenakan pada anda. 




Bayangkan penjimatan yang berterusan bila anda bertukar ke Simkad ONEXOX. Walaupun perbezaannya mungkin kecil kerana nilai sen-sen. Untuk jangka masa panjang anda boleh selamatkan pembaziran yang tidak disengajakan. Contohnya: perbezaan cuma 13 sen sahaja. Syarikat X 18 sen dan ONEXOX 5 sen. Dalam sebulan lebih kurang 40 panggilan yang masuk ke Voicemail. 
RM0.13 x 40 = RM5.20 (sebulan)
RM5.20 x 12 = RM62.40 (setahun)
RM62,40 x 5 = RM312.00 (5 tahun)

Anda boleh kira berapa anda boleh jimat dengan periksa cas dari Telco anda yang sekarang

2. Family and Friends

Di ONEXOX anda dapat menikmati penjimatan berganda-ganda dengan kadar Family and Friends . Anda boleh memilih 10 nombor ke mana-mana rangkaian malah ke talian tetap (TM).


Berbanding telco-telco lain hanya boleh membuat panggilan Family and Friends  kepada sama rangkaian sahaja. Jadi sangat terhad untuk menggunakan sepenuhnya kadar istimewa ini. 

* Pada masa kini kebanyakan orang mempunyai pilihan untuk telco kegemaran masing-masing. Jadi kita tidak boleh memaksa semua orang yang rapat dengan kita untuk turut menggunakan syarikat telco yang sama dengan kita. Melainkan dengan ONEXOX , anda mampu menikmati sepenuhnya walaupun berbeza rangkaian. Kadar termurah di pasaran.


3. Internet dengan kadar murah dan berkelajuan tinggi.

Anda boleh menikmati kadar yang paling berbaloi setiap bulan untuk melanggan data internet dengan kelajuan tinggi.di ONEXOX. Anda boleh menikmati kelajuan 7.2Mbps malah lebih dari itu bergantung pada kawasan.

Pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan.Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada 'yang mana capai dahulu' iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.

Di sini tidak menggunakan sistem "Pay per Use". Ini untuk mengelakkan dari menolak kredit pelanggan tanpa di sedari oleh mereka. "Pay per Use" tidak mengikut syarat syariah perniagaan kerana ramai yang tidak tahu bagaimana ianya beroperasi.

ONEXOX menyediakan pakej istimewa yang luar biasa berbanding dengan Telco-telco lain iaitu RM29.99 untuk 1.5Gb bagi 30 hari. Tarikan utama yang akan buat anda berpuas hati dengan pakej ini.


Anda boleh melihat antara testimoni pelanggan yang berpuas hati pada link di sini 
Testimoni internet user dan anda juga boleh melihat testimoni kelajuan mengikut 
tempat pada link di sini Testimoni kelajuan

4. Tempoh sah sehingga 28 bulan.

Kini anda tidak perlu risau lagi mengenai tempoh sah yang singkat seperti 7 hari atau 30 hari sahaja kerana di ONEXOX anda akan menerima sehingga 2 tahun 4 bulan.

Walaupun anda hanya top up RM10 sahaja dan selepas itu anda tidak lagi top up. Akaun anda masih boleh aktif menerima panggilan dan membuat panggilan ( sekiranya masih ada baki ) sehingga 28 bulan.

Ini sangat membantu untuk pengguna yang jarang menggunakan telefon tetapi terpaksa membuat tambah nilai setiap bulan untuk memastikan tempoh sah masih aktif. Dan menyebabkan kredit terkumpul dengan banyaknya walaupun jarang menggunakannya.

Sekiranya anda pernah menghadapi situasi dimana kredit anda masih mempunyai baki yang banyak tetapi anda tidak dapat menggunakan kredit anda itu untuk membuat panggilan atau menghantar SMS kerana tempoh sah sudah tamat. Dan memaksa anda untuk membuat tambah nilai semata-mata untuk mengaktifkan tempoh sah. Hasilnya lambakan kredit yang tidak terguna dan menyusahkan para pelanggan.

Jadi dengan bertukar ke ONEXOX anda tidak perlu risau kerana akan mendapat tempoh sah sehingga 2 tahun 4 bulan malah sekiranya anda membuat tambah nilai. Tempoh sah akan terus bertambah dan kemungkinan tempoh sah anda tiada penamatnya.

Untuk memiliki tempoh sah yang panjang ini syaratnya sangat mudah iaitu dengan dua cara. Iaitu:

1. Kekalkan nombor lama - Dengan mengekalkan nombor anda dan bertukar ke ONEXOX maka secara automatik anda layak mendapat tempoh 28 bulan ini. Kekal nombor lama bermaksud anda menggunakan nombor yang anda sekarang seperti 012, 013, 014, 018, 019 dan sebagainya. Tetapi anda menukar talian ke ONEXOX. Anda boleh menghubungi dealer yang berdekatan dengan anda atau admin.

2. Starter Pack - Pilih nombor baru dari dealer-dealer ONEXOX dan daftarkan. Kemudian buat tambah nilai RM50 sekaligus dalam masa 30 hari dari tarikh simkad diaktifkan. Pastikan anda tidak terlepas untuk mengelakkan anda hilang kelayakan mendapat tempoh sah 28 bulan. Selepas membuat tambah nilai RM50 , anda akan menerima tempoh sah 28 bulan.

p/s : Tempoh sah akan diaktifkan selepas 2 minggu dari tarikh pengaktifan. Sekiranya selepas dua minggu anda masih tidak menerima tempoh sah 28 bulan maka sila hubungi dealer atau pihak ONEXOX (12273).

5. GST di kembalikan

Sebagai pengguna ONEXOX , kelebihan yang luar biasa apabila setiap kali anda membeli tambah nilai dan dikenakan GST. Jangan risau kerana ONEXOX akan pulangkan nilai 6% ke atas GST melalui kredit ke dalam akaun DA. Pengguna akan menerima pulangan baki kredit itu selepas 3 hari dari tambah nilai.

6. Plan fleksi 2 dalam 1 yang unik

Di ONEXOX kami mempunyai dua akaun iaitu akaun biasa (MA) dan akaun istimewa (DA) . Dengan akaun istimewa pelanggan dapat menikmati kadar termurah di pasaran.



DA adalah akaun kadar murah - Hanya untuk panggilan & sms sahaja.  Di gunakan terlebih dahulu bagi menikmati kadar murah.



MA adalah akaun kadar biasa - Untuk membuat langganan data dan pindahan kredit. Di gunakan selepas tiada baki di akaun dedikasi .Sekiranya anda ingin melanggan data, anda perlu transfer dulu nilai DA ke MA mengikut pelan data yang anda inginkan.


Tujuannya untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk mengalami rate POSTPAID dan menggunakan internet pada suatu masa . Walaupun pelanggan hanya membuat tambah nilai serendah RM5 sahaja mereka masih dapat menikmati kadar murah di ONEXOX. Selain itu juga dapat menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat promosi pada kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Dengan berkonsepkan pembelian secara pukal (banyak) , pelanggan dapat menikmati penjimatan sepenuhnya dan dapat merancang perbelanjaan mereka.

Untuk lebih memahami kenapa di wujudkan 2 akaun anda boleh lihat di link berikut . Dua akaun


7. Bayar mengikut penggunaan (30 saat per blok)

ONEXOX menggunakan 30 saat per blok. Jadi anda tidak dikenakan cas lebih dari yang sepatutnya. Sekiranya anda menggunakan 1 minit 10 saat. Anda akan di cas sebanyak 1 minit 30 saat. Berbanding telco lain yang akan cas anda sebanyak 2 minit.

telco X = 28 sen / 1 minit ,
sekiranya 1 minit 10 saat = 2 minit = 56 sen

ONEXOX = 30 saat (pertama) = 9 sen , 30 saat (kedua) = 9 sen ,
sekiranya 1 minit 10 saat = 1 minit 30 saat = 27 sen

Jadi anda jimat 29 sen.


Anda boleh lihat berapa banyak perbezaan dan mungkin kebanyakan pengguna tidak tahu dan tidak ambil kisah kerana nilai yang ditolak tidak begitu besar kerana sen-sen sahaja. Tetapi sekiranya anda ambil tahu dan buat perbandingan. Anda pasti dapat selamatkan kredit anda dan dapat berjimat kerana anda hanya bayar ikut pada penggunaan sahaja.


8. SMS percuma

Satu lagi kelebihan kepada pengguna ONEXOX di mana anda akan mendapat SMS percuma selama setahun. Iaitu sebanyak 1800 SMS setahun iaitu bersamaan 150 SMS setiap bulan.

Kesemua SMS ini tiada tamat tempoh dan boleh di bawa ke depan sekiranya tidak habis digunakan.

*SMS ini hanya boleh di gunakan antara pengguna ONEXOX dan XOX sahaja.

Untuk lebih faham syarat-syaratnya boleh tengok di link ini . Syarat SMS percuma

9. Semak Bil anda

Antara pelan prepaid di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan bil kepada pelanggan. Kini anda boleh memeriksa semua panggilan dan SMS bagi telefon anda setiap bulan.

Dengan cara ini pelanggan boleh memeriksa dan mengawal penggunaan telefon mereka. Jadi mereka boleh tahu ke mana hilangnya kredit yang mereka gunakan.
Anda hanya perlu log in ke selfcare dan pilih bahagian bill statement

Contoh bil:



10. Tambah nilai

Apabila menjadi pengguna ONEXOX , anda tidak perlu risau kerana boleh membuat tambah nilai di mana-mana sahaja termasuk stesen minyak, kedai seven eleven, supermarket besar dan kedai yang mempunyai sistem epay. Malah anda juga boleh melakukannya secara online melalui selfcare onexox. Di selfcare anda boleh membuat bayaran samada dengan online banking (maybank2u, cimbclicks etc) serta dengan kad debit atau kredit kad. Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan kemudian setiap kali ingin membuat tambah nilai hanya perlu masukkan nilai sahaja. Samada melalui  website atau melalui apps.



Klik sini untuk mengetahui cara pembayaran secara online di selfcare. Klik

Klik sini untuk mendownload applikasi onexox. Klik


11. Tiada Spam SMS

Servis ini tiada di ONEXOX kerana bagi syarikat ianya hanya untuk memanipulasi pelanggan demi mendapat keuntungan secara mudah.

Jika anda pernah melanggan, pastikan anda menghentikan servis tersebut kerana ianya pembaziran yang tak patut berlaku atau lawati link ini untuk mengetahui caranya

http://www.skmm.gov.my/Sectors/Celco/Mobile-Content-Services.aspx
www.skmm.gov.my




12. User get user

Salah satu kelebihan luar biasa yang tiada pada telco-telco lain selain ONEXOX ialah user get user. Dimana apabila anda berkongsi , anda akan diberi ganjaran.

Kebiasaan pelanggan yang gembira dengan produk yang mereka pakai pasti akan bercerita dengan orang di sekeliling mereka. Ini adalah lumrah manusia untuk berkongsi perkara yang baik dengan orang di sekeliling.

Di ONEXOX apabila anda berkongsi dengan sesiapa sahaja kebaikan produk ini. Kemudian mereka juga berminat untuk menggunakan simkad ONEXOX. Maka anda akan di beri ganjaran sebanyak 6% dari jumlah yang mereka top up setiap bulan. Anda akan terus mendapat ganjaran ini selagi mereka setia menggunakan simkad ONEXOX. Ganjaran ini akan di beri samada dalam bentuk kredit atau tunai terus ke akaun anda setiap bulan.

Jadi lebih ramai anda berkongsi maka lebih banyak yang bakal anda perolehi. Kemungkinan besar anda sudah tidak perlu membayar tambah nilai anda lagi setiap bulan kerana anda akan mendapatnya dari ganjaran 6% ni sahaja.

Syaratnya mudah sahaja iaitu hanya perlu menjadi pengguna ONEXOX. Tiada yuran penyertaan. Tiada had yang ditetapkan apabila ingin berkongsi dengan orang lain. Mesti didaftarkan pada pengedar yang sah sahaja.

Dengan hanya berkongsi anda bukan sahaja dapat membantu orang lain berjimat malah anda juga dapat menjana pendapatan yang berterusan dengan ONEXOX.

Bayangkan anda mempunyai Use get User sehingga 20 orang.
Setiap dari mereka membuat tambah nilai RM50 setiap bulan.

20 x RM50 x 6% = RM60

Secara automatik anda sudah mendapat top up percuma setiap bulan.

Bayangkan  rakan-rakan anda semua bertukar ke ONEXOX , pendapatan anda akan bertambah.


*Tujuan syarikat menggunakan sistem user get user adalah untuk melakukan promosi produk dengan kuasa pelanggan. Di mana pemasaran mulut ke mulut adalah salah satu teknik pemasaran yang cukup berkuasa sejak dari dulu lagi. Dengan produk yang dapat membantu orang lain dapat berjimat juga menjadi kekuatan untuk produk ini. Syarikat tidak menggunakan pemasaran tradisional iaitu pengiklanan melalui iklan televisyen, radio , surat khabar , papan , dan lain2 yang memerlukan belanja yang cukup besar. Sehingga kini sudah berjaya mencapai 520 000 pengguna ONEXOX dalam masa 1 tahun 6 bulan sahaja.

13. Pendaftaran murah.

Kini anda boleh bertukar ke ONEXOX dengan hanya RM10 sahaja. Anda akan mendapat simkad bersama kredit RM5 di dalam.



Selepas membuat pendaftaran pastikan anda membuat tambah nilai samada minimum RM5 hingga RM50. Ini adalah untuk mengaktifkan simkad anda. Untuk penghantaran pos , sila tambah RM5 sahaja.


Simkad (dengan nilai RM5 didalam)                = RM10
Penghantaran Pos                                              = RM5
Tambahan Tambah Nilai (untuk aktifkan sim) = RM5
Jumlah                                                          = RM20



Tawaran istimewa untuk yang berminat. Anda akan mendapat web promosi dengan link istimewa anda sendiri PERCUMA untuk membantu anda mempromosi produk ONEXOX bagi meramaikan user dibawah anda. Hubungi saya segera.

Sila call / SMS / whatsapp / telegram ke no 
014 710 7677